Cuba taip di sini...Google akan membantu anda...

Monday, August 17, 2009

Logo, Selogan, Moto & Lagu SKDT


Logo SK Dato Traoh

1. Bulatan biru melambangkan keharmonian dan kesepaduan warga sekolah.

2. Bintang kuning melambangkan bahawa Warga Sekolah mempunyai rasa bangga terhadap kejayaan yang dicapai dalam apa juga bidang.

3. Merah melambangkan kegigihan warga sekolah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. Hitam melambangkan nilai-nilai murni warga sekolah terhadap melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap melaksanakan Visi dan Misi Sekolah.

Slogan SK Dato Traoh

SK.Dato’Traoh ke arah KECEMERLANGAN

Moto SK Dato Traoh

Berusaha, Berilmu, Berbakti.

Lagu SK Dato Traoh

SK.Dato’Traoh Sekolahku

Kubangga Menjadi Wargamu

Yang Terdidik Dan Berilmu

Berdisiplin Bersemangat Padu.

Berusaha Berilmu Berbakti

Teras Prinsip Kami

Dalam Pelajaran, Sukan Dan Persatuan

Bersama Bergerak Maju.

SK.Dato’Traoh Maju Cemerlang

Demi Nusa Dan Bangsa

Tingkat Keupayaan,

Imej Kian Gemilang

Sekolahku Cemerlang.

SK.Dat’Traoh Ke Arah Kecemerlangan.